Saturday, September 26, 2009

UMNO RANTAU PANJANG BERMASALAH

Pertembungan 2 kepala di UM-no bahagian Rantau Panjang makin kusut dan kalut.

Kedua-dua puak,masing-masing masih berkeras dengan sikap masing-masing.Puak Abdullah Mat Yasin dan Puak timbalannya Hamat Mohd Daud,sebelum ini mengadakan persidangan berasingan.

Puak Abdullah Mat Yasin mengadakan persidangan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara,Rantau Panjang dan dihadiri oleh sekitar 100 perwakilan,manakala puak Hamat Mohd Daud mengadakan persidangan di Kg Lati Balai dengan dihadiri oleh kira-kira 1,000 perwakilan.

Sehingga kini harapan untuk kedua-duanya kembali bersatu adalah agak mustahil kerana sikap keras kepala keduanya memang sukar untuk dilembutkan.

Perkara ini amat merisaukan timbalan pengerusi UMNO Kelantan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin yang menyifatkan pertembungan dua puak tersebut sebagai mementingkan diri tanpa memikirkan masalah parti.

Persidangan Pemuda Umno Rantau Panjang kecoh

Persidangan Pemuda Umno Rantau Panjang kecoh, unit antirusuhan dipanggil
Persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang hari ini kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

Suasana kecoh itu bermula pada 9.30 pagi apabila mesyuarat berkenaan bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang di sini dan berikutan keadaan itu berlarutan selama sejam, Polis Daerah Pasir Mas terpaksa menggunakan Unit Tindakan Ringan Antirusuhan untuk mententeramkan keadaan.

BEBERAPA individu yang bertindak agresif dengan menjerit dan membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah ditenangkan oleh individu yang lain ketika mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Rantau Panjang hari ini.

Suasana tegang itu berlaku apabila Pengerusi Tetap mesyuarat berkenaan Nordin Ibrahim mengumumkan seramai 461 perwakilan daripada 144 cawangan layak mengundi.

Sejurus selepas pengumuman itu, seorang wakil dari kumpulan membantah itu, yang juga merupakan Ketua Cawangan Umno Taman Seri, mendakwa jumlah perwakilan berkenaan tidak sah kerana kemungkinan wujudnya anggota hantu.

Beliau yang dikenali sebagai Suhaimi Che Hussin juga mendakwa jumlah berkenaan mungkin tidak betul memandangkan masih ada bantahan terhadap mesyuarat cawangan yang belum selesai seperti Cawangan Tepi Sungai.

Ketua Pemuda Umno Rantau Panjang, Affendi Yusof cuba mententeramkan keadaan dengan menjelaskan perkara berkenaan tidak seharusnya timbul kerana jumlah perwakilan itu telah disahkan oleh Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau Badan Perhubungan Umno Kelantan.

Affendi berkata, kekecohan berkenaan sudah dijangka memandangkan beliau sendiri sudah maklum dengan perancangan dan strategi yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengganggu mesyuarat.

"Saya sudah jangka perkara ini akan berlaku terutamanya setelah empat anggota Umno Rantau Panjang digantung keahliannya," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya bersyukur kerana tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini walaupun penyokong beliau cuba diprovokasi oleh pihak yang tidak berpuas hati.

Ketua Umno Bahagian, Abdullah Mat Yasin ketika ditemui menyifatkan kekecohan berkenaan hanya kerana salah faham memandangkan ada anggota yang tidak tahu cawangan mereka bertukar perwakilan.

"Ada sesetengah cawangan terpaksa diadakan mesyuarat sebanyak dua kali dengan mesyuarat kali kedua dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemantau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Abdullah berkata, jumlah 461 perwakilan berkenaan adalah betul dan telah disahkan oleh Badan Perhubungan Umno Negeri.

"Masalah ini kita percaya wujud kerana penyokong bekas Ketua Bahagian dulu yang tidak berpuashati dengan tindakan Lembaga Disiplin Umno yang mengantung keahlian beliau," katanya.

Mesyuarat berkenaan kemudiannya disambung selepas solat Jumaat ini. BERNAMA"

UMNO Rantau Panjang Bergolak, UMNO Kelantan Menuju Kehancuran

UMNO Kelantan cacamarba apabila Badan Perhubungan Umno Kelantan terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dua persidangan perwakilan Umno Bahagian Rantau Panjang yang diadakan serentak di dua lokasi pada Jumaat lalu.

Pengerusinya Datuk Mustapa Mohamed berkata jawatankuasa itu diketuai timbalannya Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein yang akan meneliti laporan mengenai dua mesyuarat itu, lapor Bernama.

“Laporan itu kemudiannya akan dipanjangkan ke ibu pejabat Umno untuk mengambil langkah perlu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penerimaan memorandum sembilan kertas kerja pada Muzakarah Hukum-Hukum Islam di sini, pada Ahad.

Jumaat lepas, kumpulan diketuai Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Abdullah Mat Yasin mengadakan persidangan perwakilan di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lubok Jong di Pasir Mas manakala kumpulan yang diketuai Pengerusi Tetap Umno bahagian itu, Che Alwi Che Haron mengadakan persidangan perwakilan di Dewan Umno Kampung Lati, Rantau Panjang.

Mustapa berkata isu dua mesyuarat itu adalah serius dan akan dijalankan siasatan segera.

Sementara itu di dalam satu perkembangan lain, Umno Bahagian Bukit Mertajam yang mengadakan persidangan perwakilannya hari ini menolak sebulat suara cadangan UMNO untuk meminda perlembagaan parti itu.

Ketuanya Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata 173 perwakilan daripada 38 cawangan di bahagian itu, menolak cadangan pindaan perlembagaan Umno kerana ia dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.

“Sepatutnya, setiap ahli dan bahagian perlu mendapatkan penjelasan yang terperinci mengenai perkara-perkara yang hendak dipinda dan diberikan masa yang mencukupi untuk membincang dan membahaskannya,” katanya kepada Bernama.

Katanya, sebelum sebarang pindaan dibuat terhadap perlembagaan parti, kajian teliti perlu dibuat mengenai kesesuaian pindaan dan implikasinya.

Musa, yang membentangkan usul menolak cadangan itu, mahu ahli Majlis Tertinggi Umno turun ke setiap bahagian dan menjelaskan secara terperinci pindaan yang hendak dilakukan supaya ia dapat diterima secara menyeluruh.

Katanya penjelasan yang diberikan kepada wakil bahagian sebelum ini tidak lengkap dan tidak difahami sepenuhnya.

Sehubungan itu, Musa berkata bahagian berkenaan membuat ketetapan meminta Umno pusat mengkaji semula semua pindaan yang dicadangkan dan memberikan lebih masa untuk idea itu dicanai sebelum dipersetujui.

Monday, August 31, 2009

hadiah merdeka : harga minyak naik mulai esok

Harga petrol naik esok
Ogos 31, 09 6:55pm
Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.

Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.

Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

Thursday, August 27, 2009

Adun Umno takut lompat parti - PAS Terengganu

KUALA TERENGGANU, 27 Ogos: PAS Terengganu berpendapat, para Adun Umno yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak berani untuk melompat parti.

Menurut seorang pemimpin PAS negeri itu yang dihubungi Harakahdaily, atas sebab itulah sampai sekarang, walaupun ada khabar-khabar angin mengenainya ia belum berlaku lagi sehingga kini.

Beliau yang enggan namanya disiarkan mengulas laporan laman web The Malaysian Insider (TMI) yang melaporkan sembilan Adun Umno bersetuju untuk menyertai PKR dan membentuk kerajaan baru di Terengganu bersama PAS.

Namun usaha itu gagal kononnya kerana Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib tidak bersetuju dan lebih senang bekerjasama dengan Ahmad Said.

TMI juga melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan 11 Adun Umno ini disamping seorang wakil Adun di Kemaman lepas pilihan raya kecil Manek Urai lalu.

Semalam, semasa sidang rehat Dun Terengganu, Harun Taib menafikan laporan itu dan berkata dia tidak tahu menahu mengenainya.

Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil yang dilaporkan TMI juga menafikan mahu meninggalkan Umno dan menyertai PKR. Namun, beliau mengakui ada masalah yang belum selesai dalam Umno.

Pemimpin PAS Terengganu yang dihubungi Harakahdaily ini mengesahkan memang ada ura-ura Adun Umno ini mahu menyertai PKR "tetapi ia belum berlaku kerana mereka tidak berani."

Beliau juga yakin, laporan yang mengatakan Harun Taib adalah penghalang pembentukan kerajaan baru ini berdasarkan persepsi Adun Umno berkenaan semata-mata kerana hubungan baik antara Harun dengan Ahmad Said.

Beliau yakin, apa-apapun, PAS Terengganu akan membuat keputusan bersama dan bukannya berdasarkan pandangan Harun seorang.

Dalam Dewan Undangan Terengganu ada 32 ahli. Lapan darinya adalah PAS manakala 23 adalah Adun Umno dan satu MCA.

12 dari Adun Umno dikatakan tidak bersetuju dengan Ahmad Said ekoran cara perlantikan beliau selepas pilihan raya umum 2008 lalu.

Selepas pilihan raya umum 2008, istana Terengganu tidak perkenan cadangan Umno untuk melantik Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB lagi.

Ekoran itu, Ahmad Said dilantik sebagai MB. Penentang Ahmad mendakwa, mereka diketepikan dalam perlantikan Exco dan lain-lain jawatan penting dalam kerajaan negeri.

Dalam sidang Dun yang lalu, 10 dari mereka telah memboikot sidang Dun dengan alasan tiga dari mereka menerima SMS ugutan dari pejabat MB.(gambar atas)

Setelah disiasat polis, didapati ia adalah angkara Datuk Ahmad Ramzi, bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh semasa dia menjadi MB. Kini Ramzi sedang menunggu perbicaraan kes itu.

Sejak itu, politik Umno Terengganu bergolak sehingga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Walaupun penyusunan semula dibuat ke atas Umno negeri, kumpulan yang menentang Ahmad Said menganggap ia memihak kepada Ahmad Said dan mengukuhkan politik beliau.

Gelagat manusia

Oleh : roslan mohd